Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday, December 01, 2010

saya mengandung sudah 20 minggu :)

assalamualaikum

lama benar dah tak mengupdate blog ni..alhamdulillah,sekarang ni saya dah berbadan dua..ramai kot yang dah tau..hehe,perut pon dah makin mengembang..sudah berupa perut mengandung,bukan lagi perut buncit menggeleber..hehe

hemm,pengalaman mengandung saya setakat ni ,alhamdulillah berjalan lancar..
takde morning sickness,takde ngidam bukan2..tp tak taula kot masa ke depan tiba2 ngidam bende pelik2 plak..setakat ni,idaman masih terkawal.

first time buat pregnancy test,result negative..hati ibu(cewah) rasa pelik sebab rasa cam mengandung,second time a week later,saya buat lagi pregnancy test sebab dah lewat period plus mengada2..hehe..natijahnya ialah positif!!rasa nak nangis tengok kemunculan batang biru di alat test itu..huhu..hazimin pon gembira juga..
untuk lebih kepastian,kami buat termin doktor dan pergi check up..pasti positif!
kat Wolfsburg tak banyak doktor Fraunartzt und Geburts,jadi untuk mudah saya buat check up,kami pergi je ke klinik terdekat..doktor perempuan kat praxis tu dah tak terima patient baru,jadi kami hanya dapat doktor lelaki..rasa tak berapa best,tapi sekarang dah lama2..rasa puas hati juga dengan doktor tu..

InsyaAllah bulan 2 nanti kami akan pindah rumah,menyewa rumah besar sikit,sekarang hanya apartment satu bilik,nanti dah ada orang baru..tentunya perlu lagi satu bilik..rezeki kami,kami dapat rumah di bangunan yang sama,lebih besar dan ada garden!sangat suka dengan rumah tu..
kalau summer,boleh buat bbq di garden..;)

2 hari lepas,kami pergi check up ke 5 baby..baby sedng tidur time tu..super comel tengok dia tidur..check up sebelum tu,baby super active..gerak2 dengan banyaknya..balik jumpa baby,mesti rasa ceria je..:)

petang tadi ade termin ngan hebamme,sudah jumpa hebamme yang sesuai..macam ibu2 je Frau Dittmer tu..harapnya semua berjalan lancar..
kursen tuk paaren kami akan buat bulan 3 nanti..
sekarang tengah usya2 nama baby dan barang2 baby..

doakan baby kami sihat dan baik akhlaknya ya!
tak sabar nk jumpa baby comel saya..=)

oklah,itulah update terbaru saya...

Thursday, July 08, 2010

Galileo galili-yey!

ini adalah entry tidak berapa bermanfaat..jadi,kalau tidak berminat..jangan baca k!

pertamanya:panas benar sekarang ni..kipas saya kat stor..tapi kunci stor kat encik suami..makanya,saya adalah terover seksi di rumah..semalam saya tgk galileo,encik galileo kata..cara nak menyejukkan badan yang terbaik dan tidak memudaratkan ialah

1.memakai pakaian longgar yang terbuka
2.merendamkan kaki di air suam
3.mandi dengan air suam

cara menyejukkan badan yang salah :

1.makan aiskrim..(baru aje smlm makan ice cream cake)
2.mandi air sejuk(er,wpon summer..saya tetap nk mandi air suam)
3.pasang kipas(penjelasan:kipas tidak menurunkan suhu tetapi hanya meratakan haba di dalam sesuatu kawasan...ya,saya takde kipas sekarang..kalau ada,pasti saya ON!!)

keduanya : saya agak kecewa kerana German kalah semalam..saya suka German dan masih mempunyai harapan dengan negara ini walaupon buat masa ini saya menyimpan perasaan love hate relationship toward it.Saya suka Ballack,tapi tahun ni dia digantikan oleh Lahm yang comel kecil itu..berbanding tahun lepas..tahun ini saya hanya menonton game german sahaja sepanjang world cup..oh ya,smlm ada lelaki sesat lari dalam padang ketika game..saya wonder orang itu dari mana..hehe


ketiganya : saya berminat nak sambung pengajian saya ke peringkat (jika masih larat) phd..itu pon jika ada orang nak sponsor..harapkan duit di bank..almaklumnya phd itu mungkin bertukar ke perut hala depan..huhu(tak lawak langsung)...tapi,kalau saya apply kat ump..nanti saya kena duduk pahang..(wah,macamlah confirm dapat kan)..lagi satu pula..kalau saya sambung master dan kerja di universiti..maknanya,lupus la pengalaman kerja dua tahun saya di sini...saya rasa nak kerja kat english speaking countryla..kan best kalau dpt kerja kat US..tapi,bila tgk kat jobborse..tak banyak pon peluang..mungkin ekonomi derang masih slow..adalah agak membunuh diri juga jika cuba mintak kerja di sana kan?sebenarnya,saya rasa..saya perlukan anjakan paradigma dalam hidup saya buat masa ini..

keempatnya : saya rindu Hazimin saya..all of him..enough said..

Sunday, June 27, 2010

Alhamdulillah..saya sudah jadi isteri Hazimin yang sah:)




saya dan Hazimin telah selamat diijabkabulkan di kediaman ibu dan bapa saya pada 5hb 6. 2010.
Saya bersyukur majlis berjalan dengan lancar dan majlis resepsi kedua dua belah pihak pon berjalan lancar.Terima kasih pada semua rakan2 yang hadir untuk memeriahkan majlis.

I love Hazimin so much and there are a lot of things that i've to learn to be a good wife.I thank God for given me such a strong but gentle guy who loves me with his whole heart.I hope perkahwinan kami diberkatiNya dan berpanjangan dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayat kami.Saya berharap juga kami dikurniakan zuriat yang sempurna..Amin..:)(maafkan jiwang mode saya)hehe..



Thursday, April 01, 2010

You got me, you got me A force more powerful than gravity It’s physics, there’s no escape


today saya pergi kerja awal dari biasa..kesian ade orang tu,kene tempias kekelam kabutan saya(maaf ya)..saya ingat karena (bachelorin under my betreung) mula hari ni..well,that's what knut and others told me..rupenya dia tk datang pon..good for her..apekah datang one day before ostern hols..agaklah mengarut..

she will do a bachelor arbeit dengan tema openfoam..tak tahula ape hasilnya nanti..hopefully sume goes smoothly..
daten for my whiplash project masih tidak sampai2..makanya..saya tidak ade kerja.
saya adalah disuruh mengambil alih projek autoflug today.. actually,saya tak terlibat pon dalam modellaufbau that project..and the projectleiter kata,stunden dh tinggal sikit sbb banyak habis tuk modellaufbau..man,pastinya saya unter druck nanti..tak mengapalah,at least..saya ade projek baru sementara nak tunggu daten whiplash sampai..
minggu depan juga saya pindah ke ecke lain di office..saya nak angkut segala harta2 saya bersama lah..macam kekal je duduk kat situ nanti..
saya sebenarnya ade buat request kat knut untuk buat kurzarbeit in mai sbb saya nak balik awal bulan 5 supaya saya ade banyak masa untuk buat preparation perkahwinan..tapi,nampak gayanya macam kelam aje........

besok dah mula cuti ostern..saya dan tunang saya takde plan lagi..ade sesape ada plan menarik nak ajak saya?;-)

***********************************************************************
oh ya...mari kita lihat pemakanan dan aktiviti fizikal kita 2 hr ini

rabu(31.03.2010) weight 48,9 kg

Breakfast :bowl of choco pops with low fat milk -159 cal
Snack : Banana -86 cal
Lunch : terskip
Dinner : 6 " tuna sandwich subway -400 cal
snack : chips (sangat tak bagus..tp dpt free..huhu) 200 cal
oh ya,pastu makan quarter pizza juga malam tu... 181 cal
total : 1026 cal(amik kau!)

Aktiviti fizikal :

berjoging dan berbasikal di mcfit 200 cal
bersitup 10 cal

_____________________________________

khamis(1.04.2010) weight 49 kg

Breakfast :bowl of choco pops with low fat milk -110 cal
Lunch : 2 pieces of cheese pizza at jamuan di office 250 cal
Dinner :nescafe with low fat milk 56 cal

total : 416 cal

Aktiviti fizikal :

yoga n aerobic 30 min 170 cals
bersitup 100x -10 cal

Tuesday, March 30, 2010

cabaran meguruskan badan hari ke-2

saya dengan gigihnya telah membuat kajian di internet untuk mengetahui berapakah kalori yang saya perlu kurangkan untuk menguruskan badan..sila rujuk website ini untuk keterangan lanjut
http://www.myoptumhealth.com/portal/ManageMyHealth/Calories+Burned+Calculator


baiklah,data hari ke 2

selasa(30.03.2010) Weight :49,2 kg

Breakfast :bowl of choco pops with low fat milk -159 cal
Snack : Banana -86 cal
Lunch : bowl of nestle fitness chocolat cereal -159 cal
Dinner : 2 pieces of bread with one egg -200 cal
Total :604 cals

Calorie yang saya patut ambil seharian ialah :1768,25
Jika saya mahu mengurangkan berat badan,saya perlu mengambil 10-15% dr nilai di atas..dalam 1500 cals lebih kurang..

Aktiviti Fizikal saya hari ini..

Joging + berjalan 30 min ca.200 cal
bersenam robik di rumah ca.64 cal
sit up 100 x ca.10 cal

Monday, March 29, 2010

cabaran menurunkan 4kg dalam masa sebulan

ya,benar...saya dan Hazimin telah berjanji,sekiranya kami berjaya menurunkan 4kg dalam masa sebulan,makanya..pemenang boleh memilih ape saja restoran di malaysia dan boleh makan dengan percuma!!hehe..hadiah tak grand pon kan,tapi memandangkan kami ini hantu makan,maka hadiah ini adalah sudah ckup grand bagi kami..huhu

jadinya,mulai hari ini sehingga 30hb 4..saya akan merekodkan pemakanan dan aktiviti seharian saya di sini..
Isnin (29.03.2010) weight :49,9kg
Breakfast : a bowl of kellogs choco pop with low fat milk- 113 cals
Snack : Banana -86 cals
Lunch : A piece of cake my colleges brought with unsweetened tea -75 cals
Dinner : A bowl of vegetables soup- 32 cals
Total :306 cals

Fizikal Aktiviti saya hari ini

Berjoging dr rumah ke taman about 45 minutes ca.280 calsSit up 100 x ca.10 cals


********************************************************************************
Minggu lepas ,time pi Hannover nak usha jam..tersangkut kat Douglas..derang ade bat photo shooting ngan make up..saya dengan excitednya tanya if i can do it..then,minah salesgirl kata..kene bat termin,saya tanya if that day ade lg termin kosong tak..pastu dia kt,maybe dia leh slotkan for last slot...excited saya..memula tu rasa cam tukang makeup saya tu tak reti sangat nk makeup orang berkulit gelap seperti saya..dia nak guna foundation 2 tona lagi gelap dr my own skin..terang2 an saya bantah..baik takyah kalau cam gitu..i thought,if make up i ok,bolehla beli barang2 dia and can use time kahwin nanti..minah yang make up i tu dia cam loss,tk reti nak guna kaler ape for me..kawan seblah dia pon cam bagi cadangan itu ini,photographer pon cam pandang i senyum2 kata cantik..malu saya..dia guna eyeshadow kaler aqua and turqouise..memula i rasa pelik gila..tapi,bila dah siap..okla jugak..dia kata..sebab kaler kulit saya gelap,makanya..boleh bermain ngn kaler..berbeza ngn derang...'owh...'kata saya..dia bersembang ngan kawan dia kata saya cam pocahontas..kawan dia kata saya macam ariell..maka,jadilah pocahontas in water..

Thursday, March 25, 2010

sweet coincidence

semalam saya telah tergerak hati untuk ke Hannover berjalan2 mencari jam hantaran.Niatnya mahu mencari jam yang sesuai ,beli, dan pulang..tapi,setelah 2 Kaufhof,1 Karstadt ,2kedai jam jalanan,suku bretzel zimt dan satu tantrum kepenatan..saya tetap tidak berjumpa jam yang berkenan di hati..masalahnya,jam2 di sini..besar2 belaka..saya mahu jam quadrat yang sweet yang sesuai di tangan bersaiz asia seperti saya..bila dipikir2 balik,picky juga saya ni sebenarnya..saya mahu jam tangan berbentuk petak,lebih baik jika ada tarikh,tidak terlalu besar untuk tangan saya,bertali sesuai dan berharga mengikut kemampuan saya..haish,payah benar nak jumpa..saya ade berkenan 2 jam ini,satu dr dkny dan satu lagi dr emporio..boleh tak bantu saya pilih?


Saturday, February 20, 2010

Wedding photographer

This week ,i am busy searching for the right photographer for my wedding..i am not sure if i want to pay 500 euros for 6 hour of service.It is just too much.They really make a bussiness out of this.I know that a nice wedding picture worth this amount of money but i still think that a normal photographer will just do.My engagement pictures turn out not that bad and i did not even spend 500 ringgit for them.To tell the truth,i did not open my engagement pictures that much anyway.So,i wonder if i paid 500 euros for the pictures,will i regret them?Should i use the money for a beautifull second honeymoon in Spain next spring?Ke i will regret my decision later?hemm....Maybe i should opt for the 250 Euros photographer..Man,bila nak kaya ni?

I honestly at this point,did not plan for a grand wedding with red carpet and all.I just want a simple,tenang and meaningfull wedding.I don't want to invite the whole kampung as i did not know half of them.I am content with just my family and close friends that i love are there on my wedding.I kesian at my parents because they are the one yang akan busy handling the preparation because i am still here until the end of May.I really hope that i can do kurzarbeit in May so that i can go back early and help them and can hopefully have my wedding persalinan customize for me.The clock is ticking and i (or is it my parents?)actually still have to prepare a LOT of things for the wedding...


Cantiknya this girl in her wedding dress...Man,i envy her!!...huhu..

p/s:sayang,can we have studio picture me wearing a gown...?pleaseeeeeeeeee....:p

Friday, January 22, 2010

Winter 2009-2010

This month adelah sangat sejuk...salji menggunung,suhu negatif,semua putih..inilah first winter yang saya hampir setiap hari pakai lengging inside my jeans..sejuk.i actually love snow...cantik bila semua diliputi snow..even looking out from my window,i can feel like i am in some fairy tale..sungguh asyik..tapi,bila snow dah tak turun,and baki snow yang turun mula cair..timbulla perasaan tak senang..view dah tak secomel like saw in those children books anymore..jalan dah licin and becak.. terpaksa jalan seperti semut untuk ke office..(nak yang best aje,bila dah tak best..complain je memanjang..ish ish ish)

misi untuk menguruskan badan adalah kurang berjaya..paling banyak turun adalah 1,5 kilo untuk 2 minggu ini..tapi,suka sebab at least dah boleh pakai baju yang bulan lepas takut nak pakai kerana rasa seperti membalut nangka..huhu..

kerja seperti adalah sangat sikit sekarang..bulan february,saya dan 3 kollegen lain kena kurzarbeit every friday,2 kollegen lain kena kurzarbeit the whole month..bosan benar di office bila takde kerja..tetiba minggu lepas saya semangat nak cari kerja di conti hannover..jika dapat training course dia yang tiga tahun tu..kan best.saya buat kenduri kesyukuran jika dapat..jadi jika siapa yang baca ni..doakanla saya dapat tempat kerja yang lebih bagus ya!kalau dapat naik gaji skit pon jadila..sebab saya tak rs boleh naik gaji di tempat sekarang ni..

*****
saya tak sangka saya akan rasa jatuh cinta begini....semoga Allah panjangkan jodoh saya dan Hazimin..he completes me..