Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, August 09, 2009

sunday post

weekend ini terasa terlalu cepat berlalu..semalam kami berwindow shopping di city gallery,lunch di delikat, berchit chat sambil makan ice cream ,membeli topup barangan asia dan daging ayam dan kemudiannya balik menyambung berwindow shopping secara maya di ebay..sudah habis dah sehari di situ

hari ini saya cuba membuat kuih keria..kuih kegemaran saya for the first time.sibuk menelefon emak di rumah kerana takut tersalah beli ubi..kesudahannya,perut saya dan hazimin gembira terima kuih bulat2 bergula itu..=)
sambil mengadun ubi dan tepung,sayateringin pula cuba buat cik mek molek..bahannya pon sudah sama..cuma satu gula di luar,satu gula di dalam..dapatlah dalam sepuluh ketul cik mek molek,jadila..buat lepaskan kepingin..petang,hazimin masakkan saya mee hailam...teringin makan makanan berkuah gelap..sedap!dia memang pandai masak(aik,mengapa puji ini?)..lepas makan , perut minta dibawa berjalan..kami pon berjalan petang sambil makan ice cream(aik,tak habis makan lagi?) dan terjumpa taman permainan di ceruk2 jalan bangunan2 rumah yang banyak di sini..ada juga jumpa meja pingpong..boleh la main bila kelapangan nanti..

Friday, August 07, 2009

entry lepas joging

saya mahu cari quote pasal cinta yang bermaksud (lebih kurang) jika anda mencintai seseorang,maka anda perlulah menerima kebaikan dan keburukannya...ini adalah apa yang terlintas di pikiran saya ketika joging tadi..kemudian saya pon search la di google..tp dlm english la kan..pastu one of the results adalah self help book seperti chicken soup for the soul..yang membuatkan saya terpikir..lamanya dah saya tak baca self help book sebegitu..saya suka chicken soup series...lazat for the soul ..kemudian saya pon buka amazon...kemudian saya lihat one of the latest book ialah dr my lieblings author..sophie kinsella...nyum nyum,lebih lazat...buku2 from her never dissapointed me..in a sense that once i pick it up...azura adalah di alam lain...

lamanya jika mahu tunggu penghantaran amazon..saya dah tak sabar nak baca ini...


but i read the comments saying that this is not her best work...ish,mengapala terbaca..
saya harap esok saya dapat jumpa buku ini di thalia..

hari ini hari jumaat,dan saya sunyila..hazimin ada bbq di hannover..saya tiba tiba rasa sunyi di hujung minggu..walaupon saya tau esok dia akan teman saya,tapi..takkanla saya hanya asyik berkepit dengan dia sahaja..nanti bagaimana kalau dia fed up dengan perangai merunsingkan saya?
saya rindula zaman dulu2 di mana saya ada nena , hanya beberapa langkah untuk ke dunia sosial wanita...ada kawan2 yang era mereka sama saja dengan saya..bila saya gila game..mereka juga gila game,bila saya gila cerita jepun,mereka juga sama..maka bila saya buat lawak bai baisikal..nena contohnya pasti faham..
saya tak tahu la sampai bila saya akan tahan begini,betul kata auni,wpon ada kawan2 perempuan junior yang lain..tentunya tak sama dengan rakan sebaya..mereka ada kawan2 mereka sendiri..mengapa perlu nak bersosial lebih lebih dengan kita..mereka ade circle sosial mereka sendiri pastinya..circle sosial saya hampir semuanya di malaysia..geng2 parasit semuanya di malaysia..saya tak mahu jadi kakak tua yang cuba menjadi hip dengan menjoin budak2 junior...oh,melancholy nya saya di petang jumaat ini..

tak mengapalah,saya pasti perasaan seperti ini akan datang dan pergi..cepatla pergi awan hitam..saya tidak mahu melancholy begini selalu..

wah,nampaknya suhu badan saya sudah kembali ke suhu bilik..saya mahu mandi bubble bath yang nyaman itu..sambil cepat2 baca buku cerita yang saya beli bulan lepas..tak sampai separuh pon lagi..bagaimana mahu beli twenties girl kalau begini?