Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, June 04, 2009

*people come and people go*-yuna

si matahari, si lili , sang orkid dan sang penjalar..rimbakah?

pertunjukan chear leader di flohmarkt


ahad lepas,saya telah pergi ke flohmarkt di wolfsburg ini,tujuannya hanyalah mengisi masa lapang sambil mencuci mata..tetapi,tanpa disangka2 ..2 tumbuhan ciptaan tuhan yang sangat indah pada pandangan mata saya telah mengikut saya pulang ke rumah..=)..saya suka.saya sesungguhnya sangat suka..terima kasih kepada si dia..anda tahu kan cerita ikan2 saya yang mati,and sejak itu saya suka untuk mempunyai pokok2 indah di rumah saya ini(saya harap ianya tidak akan bertukar jadi hutan belantara pula)..satu pokok bunga raya(ya,bunga kebangsaan Malaysia itu) warna oren dan satu lagi bunga lili warna pink yang lembut dan menyejukkan pandangan saya..saya tidak tahu harus berapa kalikah pokok2 ini disiram , tapi saya siram 2 hari sekali..cukupkah?saya lihat bunga raya itu seperti kurus dan kering..perlu disiram setiap harikah?2 dari bunganya telah gugur.. dia tidak sukakah duduk di rumah saya?=(

saya tidak tahu mengapa,tetapi saya seperti rasa sedikit ketidak tahuan..seperti mahu mendaki gunung,membuat extreme sport atau mungkin pergi membuat something yang dangerous atau lasak atau sesuatu yang memberikan kepuasan kepada diri sendiri..mengapa ya?ya ,saya tahu saya pelik...

saya akui,saya tidak pandai memujuk,saya tidak peramah,saya kadang kala tidak pasti apa yang perlu diutarakan menyebabkan saya berdiam diri...somebody pernah kata,saya nampak sombong jika anda tidak kenal saya..benarkah?somebody else kata saya ni pemarah orangnya,ada pula yang kata saya ni penyabar orangnya...saya akui saya jarang menyatakan apa yang saya tidak maksudkan..saya takkan kata saya paham perasaan kehilangan awak,jika saya tidak pernah kehilangan..saya cuba untuk faham,itu saja yang mampu saya buat..maafkan saya..saya adalah begini...jika saya sedih,saya simpan..jika saya gusar juga saya simpan..


sebenarnya,saya sudah tidak pasti tentang masa depan saya..tapi,siapakah yang dapat pasti bukan?bila saya dengar dari rakan seperjuangan saya yang menyatakan dia mahu menceburkan diri ke bidang pendidikan,saya juga teruja...bukankah mengajar adalah cita2 asal saya?saya tidak kisah mengajar apa pon,walau abc...bukankah ilmu yang disampaikan walaupon sekecil zarah adelah satu ibadah?saya sukala..mungkin juga saya sudah penat begini..mungkin saya sudah hilang semangat di tempat kerja..saya masih sukakan kerja2 saya kerana hampir setiap hari saya masih belajar dan memperbaharui cara kerja saya ke arah lebih baik..tapi,mungkin juga saya rasa..kepuasan bekerja sudah makin hilang..pagi ini saya terpaksa memujuk diri untuk bersemangat..perlukah begitu setiap hari..bukankah ianya perlu datang dengan sendiri?mungkin juga sudah tiada rush and kerja bertimbun yang menolak saya ke edge menyebabkan semangat saya hilang?saya kagum dengan tino..dia pada pandangan saya,seorang yang boleh dikagumi ..lebih dari knut..saya mahu jadi begitu..sentiasa bersemangat..sentiasa dengan senyuman..

saya rasa,saya mahulah sambung master..sebenarnya,saya tidak kisah sangat segulung ijazah itu,saya suka saja jika dapat mengajar sekolah rendah di mana pelajar2 saya adelah innocent dan bersih hatinya,kanak2 di afrika yang belajar kerana mahukan ilmu dan ingin mengubah diri mereka..bukan kerana terpaksa,di bawah pokok di india di mana yang perlu hanyalah buku dan pen...

mengapa saya hari ini begini?melancholy nya..

6 comments:

dillhanim said...

wa,

setau aku, pokok tak elok letak dekat dgn elektrische geräte.. mungkinkah sebab itu?

on a different note, kalau diberi peluang untuk jadi pendidik, aku juga mau jadi cikgu tadika.. :)

mizzcash said...

yes, pokok cepat mati if dekat dgn elekrtische geraete.. setuju.. pokok2 aku pon cepat mati

first impression are always wrong.. so only the person near to u, know u well.. :) biaq pi la org nk ckp ape...

Qun. said...

biaq pi la org nak ckp ape???????
wah wah wah ..utagha betoi hang la ni nooo......tapi tak boleh ckp lagu tu...lagu ni cek oii...biaq pi la org nak kata apaaaaaaaaaaaaaaa..hihihihi

wawa said...

to dill:tula,best kan jadi cikgu..=)
to su: amboi tu dia aih,dia dah keluaq loghat utagha dia dah...=P
to kun:hehe

Auni said...

aku taktau pasal pokok jadi takleh nk advise.
patutlah haritu ko semangat je cite pasal nak buat master rupanya ada pemangkin.
aku pun pikir kalau nak jadi cikgu nak jadi cikgu sekolah rendah je kot.mcm lagi bes je dr jadi cikgu sekolah menengah ataupun lecturer

neynarre said...

saya sgt kagum dgn org yg jadi cikgu atau doktor. pekerjaan pada mata saya sgt mulia, tapi saya tak boleh buat. oleh itu... jika anda jadi cikgu, maka anda akan menerima kekaguman aku. cikgu maksud saya cikgu sekolah ye kawan kawan... kesabaran utk mendidik budak jadi hebaq. kalau lecturer, die tidak perlu memotivasikan budak utk belajar, sebab budak yg masuk dah dewasa. pandai nak pikir sendiri. heh. just my 2 cents pagi pagi buta nih.