Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, March 10, 2005

mukmin,alim,jujur,takwa,ahli ibadah

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada
SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-
tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-
sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3
tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3
tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

No comments: