Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, January 24, 2005

perut kaya???

Nice story.. how to handle kid nowadays....

Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja
aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab
kamilah.Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya.
Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga
rasa tersinggung dengan keceluparannya
Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'
dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami
dibuatnya.Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami
perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala
menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.
Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta
maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
mintamaaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna
beberapa ketika kemudian.
Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru
selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.
Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.
"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.
"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata
"Tak apalah..h..h...Adik boleh usaha lagi."
"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti
abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar
tak pandai."
"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?"
suami saya
cuba memujuk dengan suara lembut.
"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata
Adikmasih menyembunyikan mukanya.
"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah,
ulang ajalah!"
saya menyampuk.
"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"
"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."
"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"
"Betul tu....."
balas suami saya.
"Nanti abah beli hujung bulan ni."
"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya
macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."


Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata
perlahan.
"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk
perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan,"
dia terus
bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti
mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat
Adik?"
saya bertanya. Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya
tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada
dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik.
Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..."
saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih-Sayang,"
kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat
memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.
"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah
Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik
juga begitu..."
saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan
memahaminya. "Kerana Kasih-Sayanglah Adik lahir dan kerana Kasih-Sayang juga
kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-Sayang.
Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata
saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak
tau.Adik nak dapat A semua dalam UPSR."
katanya. Dia kemudian melompat
turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke
dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya.
Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan
dan rasa sebak itu... - terharu sungguh.......!!

Hasil Nukilan : Rosnah Mohd. Yunus, Seremban, Negeri Sembilan.
Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih-Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah
sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad, kalau tidak
kerana Kasih-Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih-Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk
(mana sedapnya.....) atau sebagaimana rumah tanpa langsir (mana serinya.....)



hemmmm.....walaupon cam lambat je lagi nak gunakan ilmu mendidik anak nie..tapi,saja nak post kat sini..tuk bekalan kita nanti..and supaya kita menghargai kedua ibu bapa kita tak kisahlah ape pon yang terjadi..kita tetap di hati mereka..

No comments: