Bismillah..
tajuk tak bleh blah..sebenarnya ada misi yang nak dijalankan skang ni.Memandangkan Haziq akan start solid minggu depan..maka,bolehlah saya nak menjalankan misi menguruskan badan.Nak mula diet dan exercise serta menjalankan cara hidup sihat..pergh,poyo habis!
Berat badan sekarang ni ialah 53,3kg.By the time 9.12 iaitu hari jadi saya yang ke 29(wow,nak mencecah 30 thn depan..gila scary!)saya nak berat badan saya ialah 50 kg or below.Hopefully by berat 50kg saya dah boleh pakai balik all my seluar jeans yang lama.Hadiah untuk diri sendiri..haha..sedih gila hadiah..
Oklah,hazimin dah call kata nak balik awal.Nak rebus spagetti n makan ngan kuah bolognese semalam.tata!
Meh layan gambar my small eskimo man :)
~lavender brings serenity,peace and connection with the universe...this is the journey of my life~
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 18, 2011
In search of Tagesmutter
Bismillah..
Since i will start working in April next year..makanya,saya tengah berusaha nak mencari Tagesmutter for Haziq.Memikirkan nak kerja tu pon malasnya rasa..haish..walaupon lambat lagi,tapi takutnya nak tinggalkan Haziq kat penjaga..next week insyaAllah ada kennenlernen termin ngan satu Tagesmutter kat sini.Dia duduk dekatla ngan rumah kami.Hopefully dia okla..
Weather sekarang dah mula sejuk.Haziq pon dah pakai berlapis2 baju dalam rumah.Mama Haziq pon dah nak kena bawak kuar boot n tights.Heater pon dah nak kena bukak 24 hr.Nak keluar pon malas je rasanya.Just bawak Haziq teman saya sidai baju kat garden je.Sejuk!
Oh ya,mari tengok gambar terbaru kami..
Ya,Saya dah pakai tudung..:)
Since i will start working in April next year..makanya,saya tengah berusaha nak mencari Tagesmutter for Haziq.Memikirkan nak kerja tu pon malasnya rasa..haish..walaupon lambat lagi,tapi takutnya nak tinggalkan Haziq kat penjaga..next week insyaAllah ada kennenlernen termin ngan satu Tagesmutter kat sini.Dia duduk dekatla ngan rumah kami.Hopefully dia okla..
Weather sekarang dah mula sejuk.Haziq pon dah pakai berlapis2 baju dalam rumah.Mama Haziq pon dah nak kena bawak kuar boot n tights.Heater pon dah nak kena bukak 24 hr.Nak keluar pon malas je rasanya.Just bawak Haziq teman saya sidai baju kat garden je.Sejuk!
Oh ya,mari tengok gambar terbaru kami..
Ya,Saya dah pakai tudung..:)
Friday, October 14, 2011
takde kerje
sekarang saya asik melagha je..duk sibuk melayan master chef us..baru abis season 2..bila tgk tu cam kagum sebab bila diorang kene bat pressure test tu..macam diorang tahu sume jenis masakan..banyak bende yang contestant kata first time buat..tapi,camne depa leh tau recipe?siap jadi plak tu..kalau sayala,orang suh bat karipap..walaupon dah berpuluh kali buat,still nk kene rujuk kitab my resipe untuk buat pastry dia..ke saya je yang jenis malas nk hafal resepi?

pastu ada satu contestant tu,christian namanya..asik berlagak je..pastu mengamuk..pastu mencarut..pastu gordon ramsay katala..kalau memasak,perasaan kena tenang..baru sedap..saya pon setuju,kalau masak dalam keadaan marah or terpaksa..sure masakan tak sedap..kira,dari hati jatuh ke kuali la..kena hati tenang n ikhlas,baru masakan sedap..
lepas tu,sibuk plak melayan citer liar game season 2..cool giler!!!giler bijak la akiyama tu...especially dlm game minority and 17 poker..boleh dia hafal kedudukan kad dlm poker game tu..superb gila!i loike citer2 camni..menguji minda skit..kat jiwang skang ni bebalik cite hantu..saiko gile !dari situ kita boleh tengok taraf minda orang mesia..
okla,haziq asik meragam je hari ni...bye!
Sunday, October 02, 2011
lagi cerita pasal Haziq
bismillah..

hari khamis lepas,haziq pergi cucuk lagi..mama dia punyala syok bercuti sampai lupa yang mama dia kene beli schlucken punya ubat untuk penghadaman baby..ubat tu tak pflicht,tp doktor recommend sebab bagus..so,mama haziq pon beli ubat tu..haziq tak suka nak telan ubat tu,nangis lagi kuat bila kene telan ubat tu dari kene cucuk..syian haziq..
petang tu,haziq demam!for the first time dia demam..merengek je..tak nak berenggang ngan mama langsung..sambil tidur pon nk mengadu ngan mama..panas gila badan dia..kami messen temp..38,5!!!panik ok!panik!!mama terus geledah ubat demam haziq..memang dah bli dr time first time cucuk dulu..back up..ingatkan ubat telan,tapi tak..ubat masuk kat dalam buntut..abah yang masukkan,mama dah nervous n tak berani..thanks abah..you are our hero!!:)dlm 4 jam lepas tu,suhu haziq dah turun ke 37..lega mama..esoknya,mama call praxis,derang suh bawak haziq gi klinik sofort..mama pon carry la haziq ke klinik..dr siemens dh tkde..so,dr lain yang cek..dia kata haziq ok je..normal la demam lepas cucuk doktor tu kata..haziq pon dah aktif balik dah..main geletek2 ngn mama..n seperti biasa,senyum lebar bila mama nyanyi..fan mama no satu ni..hehe
sampai hari ni,haziq masih tak nak berenggang jauh ngan mama...tapi takpela..mama pon tkde keje lain selain jaga haziq..:)
bulan depan haziq dah nak masuk 6 bulan..mama dah nk kena penuhkan ilmu di dada mama ni pasal pemakanan baby..haziq masih takleh duduk sendiri lagi..menerap pon masih satu arah..belum boleh pusing balik bila menerap..so,kene slalu aufpassen bila haziq menerap..bila dia dah penat,dia akan nangis mintak mama tolong pusingkan dia balik..tapi sekarang memang haziq super semangat nak menerap..bangun pagi,mata takdan nak bukak lagi..nerap dulu..!bagus benar anak mama ni..
haziq pon dah pandai nak trace suara..dah pandai main toys goncang2..dah pandai hisap jari kaki(favourite),dah pandai buat bunyi pelik2..hemm,cepat benar anak mama ni membesar..banyak betul benda baru yang haziq dah pandai buat..
sampai sekarang,haziq tidur sekatil ngan mama..abah dah kata,haziq dah kene mula tidur asing..tapi,bila mama angkat haziq tidur kat katil sendiri,haziq nangis..camne ni?
oh ya..mama nak beli ni bulan depan..untuk memudahkan mama prepare makanan berkhasiat untuk anak mama ni

oh ya...nak tanya pada pembaca blog ni..ada sesapa nak beli barang2 dari deutschland tak?tak kirala barang2 baby ke,buku ke,barang elektronik ke,barang2 rumah ke,pakaian ke,accessories ke..kalau ada sambutan,ingatnya nak bukak blog baru pasal jualan barang dari deutschland..lagipon,euro tengah jatuh sekarang ni..so,inila peluang orang malaysia nak beli barangan berkualiti tinggi germany dengan harga murah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)